Monday, January 19, 2004

Last week was not an easy week for me. A lot of work at the office... but still had enough time to update my blog and also read others... ehe :D.

Khamis dan Jumaat...aku kat Kuantan, as usual. Boleh dikatakan hampir setiap minggu aku kesana... yang jadi tak beshnyer... bila 2 hari tak der kat office... kerja tertunda pun berlambaklah kat office... so sabtu pung kena keja.. huhuhhu.

'Janganlah engkau mengeluh kiranya kesibukanmu untuk kebenaran kerana jika nafsumu tidak disibukkan kepada kebaikan, ia akan mengarahkan kesibukan itu kepada kebatilan. Barangkali, itulah hikmahnya Islam menyusun untuk umatnya, berbagai program harian,mingguan,bulanan,tahunan dan ada yang untuk seumur hidup.'

Wednesday, January 14, 2004

2 bulan meninggalkan kampus... aku mula merindui kembali suasana kampus. Mula merindui tidur siang :D.. yang mana sekarang ini aku hanya berpeluang untuk tidur siang pada hari ahad jek. ehe...

Namun... yang paling kurindui ialah suasana ilmu dikampus... usrahnyer... kuliahnyer... sekarang... bukannya tak ade... tapi amat sukar untuk dicari. Tidak seperti dikampus... orang berebut2 nak bagi... kite jek yang tanak. Hendak belajar tapi tidak mahu diajar... iyer dak?

Anyway... terhibur jugakler sehari dua ni...dek kemunculan beberapa blog baru... tak gitu akak2. Boring2 kat ofis... blog2 diorang ni lah yang jadi tempat kunjungan... ahaks :D. Selamat maju jayalah saya ucapkan kepada mereka2 yang baru nak memulakan kerjaya sebagai blogger (full time or part time - orang yang ade kerja lain.. tapi tak siapkan sebab buat blog tu... dah jadi blogger full time la kot :D).
Jangan jadi macam saye... sekejap ade sekejap tadek :>

Must See:

1. Very Funny ;)
2. Kaedah berfikir dalam isu proksi Yahudi

Friday, January 09, 2004

Your Environment Determines Your Results

My friend and mentor, Thomas Leonard, was fond of saying
that "space management is more important than time
management." What he meant was that while we cannot
actually "manage" time (it just keeps marching forward), we
CAN and MUST manage our personal environment.

This is one of the KEY STRATEGIES of highly effective
people. They "set themselves up" for success by surrounding
themselves with the situations, tools, ideas and people
that "drive" or "pull" or "push" them in the direction of
their most important goals.

Failures and frustrated "wannabe's" live in the midst of
chaos. While they may work very hard and complain about how
busy or stressed or confusing their lives are ("there's
nothing I can do about it"), the reality is that they
permit their work, their time and their achievements to be
determined by whatever "happens to happen". That is not a
recipe for success!

This week I read an extraordinary statement from Carl Jung
that confirms this. Writing in a time when the masculine
pronoun was taken for granted, he said that man "can meet
the needs of outer necessity in an ideal way only...if he is
in harmony with himself. Conversely, he can only adapt to
his inner world and achieve harmony with himself when he is
adapted to the environmental conditions."

That is an extraordinary thing! Obviously, today it would
be phrased to include both women and men, but the point is
extremely important.

Jung was saying that we can ONLY achieve peak performance,
fulfill our potential and know inner peace when we live in
harmony with our surroundings! And yet, the vast majority
of us live in surroundings that are determined by our
employers, and by whatever dirty dishes, old newspapers or
yesterday's sandwich wrapper happen to be laying around!
That is no way to organize your life or achieve your
dreams!

Thomas Leonard was a master at controlling his environment.
Although he could afford to live anywhere he chose, he
preferred small, tightly controlled spaces. And, I think
everyone who knew him would acknowledge that in his short
47 years, he achieved an extraordinary amount. The two
things - organized space and high productivity - are
connected.

Our images of extremely successful people confirm this. The
President is never surrounded by clutter. While rock stars
may throw tantrums and trash their hotel rooms, the Donald
Trumps, Bill Gates and Oprah Winfrey's of the world are
organized. They achieve great things in part because they
are not distracted or frustrated by their surroundings.

I am not a "neat freak" and readily admit that some people
are most productive when their books, papers and files are
piled around them. The point is to create and INSIST UPON
the environment that allows YOU to be most productive.

Highly successful people instinctively know this. World
class athletes don't struggle to "find" time to train. Stephen
King and other prolific writers don't "try" to write! They
organize their lives and their environments to support
their most important projects.

We can learn from these extraordinary people. We may not be
as rigorous and systematic about it (yet!), but we can
create environments that encourage and support the
achievement of our most important goals.

Greatness is rarely achieved in our "spare time".

Written & Published by Philip E. Humbert, PhD
Visit our website at: http://www.philiphumbert.com


Wednesday, January 07, 2004

Aku mula menulis kembali di blog ini. Tetapi tidak seperti semasa bergelar seorang pelajar... bila2 masa sahaja aku boleh spend masa aku untuk buat apa2 yang aku suka. Ada kelas... tanak pergi kelas pun taper...

Tapi sekarang, kengkadang jek dapat curi masa dari pukul 9-5 untuk update blog ni...Biasanya... aku akan menaip apa yang aku ingin taip pada waktu malam selepas kerja di rumah. Tetapi memandangkan kat rumah aku tak ade internet, so... keesokan paginya (aku selalu sampai awal di office, sebelum staff2 lain sampai) barulah aku update ape yang ku taip di blog ini. Dan Insya Allah, inilah yang akan menjadi rutin bagi aku, di hari2 seterusnya.

Hari ini (6 Jan), rutin aku macam biase jek...bangun pagi...pergi office (jalan agak jem berbanding biasa sehari dua ni sebab bebudak dah kembali ke sekolah)...check kerja2 yang tertangguh... buat kerja .. sekali sekala curi2 chating...bla bla bla...


Sambungan komentar saya tentang perbandingan kemajuan Barat dan Islam:


Dr. Said Ramadhan al-Buty didalam bukunya yang masyhur, 'Fiqh Sirah' ada menyebut tentang permulaan bagaimana penulisan sejarah Islam mula diselewengkan atas nama penulisan ilmiah. Menurut beliau (tulisan dibawah adalah menggunakan ayat saya sendiri, oleh itu sebarang kesilapan adalah kerana kesilapan pemahaman saya) :

Pada suatu ketika dimana Mesir khususnya al-Azhar, menjadi mimbar kepada seluruh dunia Islam, dimana segala urusan dunia islam dirujuk kepada Mesir, Barat mula mencari jalan untuk melumpuhkan fungsi Mesir ini untuk melebarkan pengaruh mereka. Salah satu kaedah yang digunakan oleh Barat ialah dengan menguasai Institusi al-Azhar itu sendiri iaitu dengan meletakkan 'orang2' mereka didalam institusi tersebut. Tokoh2 ulama Mesir yang dirasakan boleh dipergunakan oleh mereka ditonjolkan untuk menjadi orang yang berpengaruh di al-Azhar untuk memudahkan mereka meminda kurikulum yang sudah lama diajar di universiti tersebut secara tidak langsung.

Menyedari bukanlah suatu yang mudah untuk mempengaruhi orang Islam, Barat telah mengkaji kelemahan umat Islam dan mempergunakannya untuk memesongkan ajaran Islam secara halus. Kelemahan umat Islam yang dipergunakan oleh golongan Barat, ialah perasaan lemah mereka terhadap kehebatan dan kemajuan sains dan teknologi Barat.

Barat mengajar orang2 Islam bahawa, kemajuan yang dicapai oleh mereka ini tidak akan dicapai selagi mana urusan dunia tidak dipisahkan dengan agama. Bagi mereka, tidak ada cara lain bagi orang2 Islam untuk mencapai kemajuan melainkan mengikut jejak langkah mereka memisahkan urusan pentadbiran dunia dengan agama.

Barat mula mengajar bahawa segala ajaran yang tidak selari dengan sains perlulah diketepikan dengan sama sekali, dan ini termasuklah dengan ajaran2 Islam berkaitan perkara2 ghaib dan akhirat. Sedangkan kepercayaan kepada perkara ghaib itu adalah merupakan salah satu asas keimanan kita:

"Iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang kami anugerahkan kepada mereka" (al-Baqarah,2:3)

Maka mulalah ajaran2 Islam ditulis semula mengikut kehendak Barat, sejarah2 Islam mula diselewengkan supaya selari dengan kehendak mereka atas apa yang dinamakan sebagai pengkajian ilmiah oleh ulama2 palsu dan penulis2 upahan.

Disini, saya hanya ingin menegaskan bahawa perasaan lemah, rendah diri dan ketinggalan oleh kita umat2 Islam terhadap kemajuan sains dan teknologi Barat itulah yang telah dipergunakan sebagai alat oleh mereka untuk meracuni pemikiran kita sehingga kita mula meninggalkan ajaran agama kita secara sedar atau tidak.
Wallahua'lam.

Tuesday, January 06, 2004

yesterday... a friend of mine asked me this question:

kenape negara islam yg ada kat dunia ni x dpt nk saingi barat..even apa yg kite adapt as development method pon mmg dari barat

and... this is the expression of my fikrah:

Menjawab persoalan ini, ia bergantung kepada apa yang kita maksudkan dengan persaingan. Adakah kemodenan material itu yang dikatakan persaingan?

Bagi saya, kekuatan Barat hanya bergantung kepada materialnya. Dan kekuatan orang Islam bergantung kepada 2, iman dan juga material. Material yang dimaksudkan disini, adalah merangkumi teknologi, ilmu, dan lain-lain. Dan kekuatan inilah yang saya 'assume' dikatakan sebagai tidak dapat disaingi oleh dunia Islam berbanding dunia barat.

Kenapa negara Islam tidak dapat menyaingi dunia Barat? Pendapat saya... ialah kerana kita umat2 Islam terlalu condong kepada Barat dalam setiap aspek kehidupan kita, malah nak buat perbandingan pun kite tengok ke Barat. Contohnya... soalan inilah!!!

Apa2 sahaja... kita merujuk kepada Barat. Kita tidak cuba untuk membangunkan teknologi sendiri. Kita terlalu 'barat-oriented'. Bagaimana kita hendak menyaingi Barat??? Murid nak lawan guru? Paling2 terer pun... boleh sama terer jek la... takkan boleh menewaskan mereka. Itu jika kita melihat materialnya... tetapi... seperti yang saya nyatakan di awal tadi... kita mempunyai kekuatan lain.. iaitu kekuatan yang paling utama... iaitu IMAN!!!.

IMAN!!! Itulah asset utama umat Islam... dan itulah perkara yang kita terlupa untuk kembangkan. Barat telah mengajar kita untuk mengejar kebendaan.. hingga kita telah mengabaikan hak milik kita yang tidak ada sama sekali pada mereka.. yang mana jika diperkukuhkan... tidak timbul lagi masalah kita tidak dapat menyaingi Barat. Percayalah!!!

Kita terlalu seronok... mengagung-agungkan cendekiawan2 Islam yang lampau seperti Ibnu Sina dan lain2, tanpa menyedari ada dikalangan mereka ini yang dikatakan bijak pandai Islam, tetapi hakikatnya mereka jauh sekali dari ajaran Islam yang sebenar. Nah!!! Itukah kemajuan yang kita inginkan??? Maju material... Iman ??? Wallahua'lam.

Kembali kepada persoalan tadi... sebenarnya kekuatan material, akan berkembang apabila kita mempunyai kekuatan iman yang jitu. Satu contoh mudah... apabila kita berdakwah kepada seorang kafir yang kaya... dan dia memeluk Islam... bukankah kita telah menambahkan satu bilangan orang Islam yang kaya??? Itulah yang perlu kita fikirkan... tidak perlu risau dengan segala kemajuan material yang kita tidak miliki sekarang... yang penting kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar.. kerana Islam telah mengajar segala ilmu yang kita perlukan untuk berjaya di dunia dan akhirat.

MB Kelantan didalam satu kuliahnya pernah menyebut, ilmu itu ibarat tali, dan iman itu ibarat kayu pancang. Walau sebanyak dan sepanjang mana tali yang kita gunakan untuk mengikat seekor lembu, lembu itu tetap boleh bergerak kemana yang dia suka, makan rumput ditanah orang, langgar tanaman orang, jika tali2 itu tidak diikat pada satu kayu pancang. Begitulah manusia, walau sebanyak mana ilmu, bergulung-gulung ijazah, teknologi tidak terkira hebatnya... namun tanpa iman, dia akan mudah dibawa oleh arus... ditiup kekanan... kanan lah perginya... ditiup kekiri..kirilah perginya.

Wallahua'lam.

p/s : maaf kerana tidak dapat disertakan dengan hujah2 yang lebih konkrit dengan dalil dan fakta... ini hanya apa yang terlintas difikiran. Boleh dikritik dan dibincangkan. Wassalam

Monday, January 05, 2004

Hampir seminggu tirai 2003 ditutup, dan bermulalah tahun baru Masihi 2004. Aku mula menulis kembali di blog ini setelah lama ditinggalkan.

Bermula 2004, genaplah sebulan aku meninggalkan dunia pelajar dan menempuh dunia kerjaya. Sesungguhnya tempoh sebulan yang lalu... merupakan satu tempoh yang begitu tidak konsisten dalam hidupku... dalam semua segi... mungkin itulah sebabnya... agak sukar untuk aku menulis apa2 di blog ini.

Mungkin tempoh inilah yang dikatakan sebagai tempoh transisi, cuba menyesuaikan diri dengan cara dan suasana hidup yang baru, dan sememangnya aku masih mencari2 identiti... what i want to do? what i want to be? Too many questions....

Friday, January 02, 2004

WELCOME 2004

Perutusan Tahun Baru 2004

Thursday, January 01 @ 01:00:00 MYT


Oleh Menteri Besar Kelantan
Dalam semangat tahun baru, suka saya berseru seluruh rakyat Malaysia sama ada Islam atau non-Islam mengambil dayausaha yang lebih gigih untuk mendalami, memahami dan menjiwai agama Islam yang sebenar.

Islam yang sebenar yang saya maksudkan ialah Islam yang telah dijamin boleh membawa rahmat untuk sekelian alam (Wama Arsalna Kailla Rahmatan Lil a'lamin).

Allahlah yang menciptakan alam ini dan Dialah jua yang berhak untuk membuat undang-undang bagi keselamatan seluruh umat manusia dari dunia sampai ke akhirat. Undang-undang inilah juga yang akan berada di 'meja Allah S.W.T' untuk mengadili seluruh amal perbuatan kita di akhirat kelak.

Di sana nanti undang-undang lain tidak akan digunapaki. Di sinilah mustahaknya kita lakukan penyelarasan undang-undang supaya sentiasa selari dengan undang-undang Allah SWT sejak di dunia lagi.

Masyarakat manusia yang sangat majmuk baik di mana-mana memelukan sebuah undang-undang yang universal. Undang-undang Islam yang diturunkan oleh Allah amat mustahak digunakan kerana ia tidak berpihak kepada mana-mana bangsa.

Saya cukup gembira mendengar keputusan kerajaan untuk mengkaji semula fungsi PDRM dengan melantik sebuah Suruhanjaya. Langkah ini boleh mengmebalikan keyakinan rakyat dan memulihkan imej polis sebagai pengawal undang-undang dan bukan pengawal kepada kepentingan mana-mana individu atau parti-parti politik tertentu yang boleh mengkhianati demokrasi.

Selamat Tahun Baru 2004 Wassalam.

Pejabat Menteri Besar Kota Bharu.
Bertarikh : 7 Zulkaedah 1424
31 Disember 2003