Wednesday, February 25, 2004

6 bulan berlalu...

Hari ini 25 Februari 2004, genaplah 6 bulan usia blog ini. Tak sangka yer... sekejap jek... dah setengah tahun :).

Selamat Tahun Baru Hijrah semua.

Wassalam.

Thursday, February 19, 2004

Today will be a very busy day for me...I'm going to UPSI this afternoon.. to commission our products, and this is the first big deal that I've closed since working at Benua Sains. Close to RM 100K... quite an achievement for a starter like me..ehe :D. Another 15K might be following in two weeks time... Alhamdulillah. :)

Wednesday, February 18, 2004

Apa nak tulis ni erk? Dah hampir seminggu tak update nih. Tapi kali ni tadek plak orang yang tertanya2. Diorang pun sibuk kot... tak gitu sumer?? :D

Well...hari tu, aku ingat nak buat record update blog empat hari berturut-turut, tapi apakan daya... Jumaat tu aku kena outstation... Kuantan lagi. Dah bosan tengok muka Cik Fatma kat KUKTEM tue. Bukan main cerewet dia ni sorang... (ini kira ngumpat ker?) Taper... korang sumer bukan kenal dia pun kan?. anyway... nak buat cam ner... customer is always rite... huhuhu. :((

Hujung minggu... cam biaser... nothing interesting.. life just go on. And life is complex. Ehe :D.

Thursday, February 12, 2004

ComPlicateD.

Three days in a row!!! Is it a record?

I just arrived home from office, and actually there's is a lot in my mind rite now. But i'm sure i won't be able to write anything of that here...because it's complicated.

Talking about complicated... it reminds me of an article by Dr. Philip Humbert, about Complex and Complicated. As i can remember, he said... our life as a human... is always complex and often complicated. And actually, it is 'fitrah' to live a complex life, but we must avoid a complicated life. In his own word, this is what he wrote;

"The distinction between 'complex' and 'complicated' is vital.
Most of us want a complex life, with a mix of work and play,
personal and professional activities. Complexity is part
of the richness of life. A complicated life, on the other
hand, is marked by stress and confusion. A complicated life
make us confused, ineffective and fearful.

Most of us enjoy 'complexity', but 'complications' are to
be avoided."


I am not sure whether you guys...my fellow readers will agree with him or not. Give ur comment!!! ;)

Wednesday, February 11, 2004

Keep writing...come on... write... write... just write anything... ehe :D

Kini kusedari dan kuinsafi... semua benda yang nak dibuat perlu berjemaah. Bukan setakat nak memperjuangkan sebuah negara Islam... nak menegakkan Islam dalam diri sendiri pun perlu berjemaah... you won't survive alone, believe me!!! Kita sentiasa memerlukan orang lain utk. mengingatkan apabila kita lupa, memperbetulkan apabila kita silap, memberi semangat apabila kita 'down', mengajarkan apabila kita tak tahu... wassini...wassini... :D Beruntunglah mereka2 yang hidupnya dikelilingi oleh orang2 yang mampu memenuhi keperluan tersebut...

Even... nak buat blog pun kena berjemaah...ehe... i don't know how long i will survive if i'm doing this alone... nasib baik ada orang sentiasa mengingatkan and keep asking, "Bila nak update blog?". :D. Anyway thanks to all... especially fellow bloggers...akak2 sumer :P. Ahaks :D.

Tuesday, February 10, 2004

Mmm... lebih 2 minggu blog ni tak diupdate...nape yer? menyepi seribu bahasa B-) takkan tadek ape2 yang menarik kot??? Bz? ehe..tadek ler sangat... tapi sebenornya sebab banyak sangat yang berlaku...banyak sangat yang tak terluah.. sampai tak tersusun apa yang nak dikata... ehe :).

Lagipun... sekarang ni seronok betul baca blog 'anak2 murid'.... mengalahkan tok guru diorang tu skarang... siap sebut2 nama kite lagi :P.

Anyway...looking into myself these days, there is a lot that i want to do without manage to do it. One simple thing is updating these blog .. ehehe. It seems that we have a lot of responsibility, as a son, an employee, a brother, a husband ( but i'm not married yet.. ehe :D, saje jek sebut...future husband, Insya Allah). And...most important of all is... as a servant of The Almighty.

Alangkah ruginyer kite... jika masa yang berlalu tidak dimanfaatkan utk. menunaikan kewajipan2 tersebut... yang mana yang telah disebut itu adalah kewajipan yang sangat minima... belum lagi disebut kewajipan sebagai seorang ahli masyarakat, pendokong perjuangan Islam dll. Ditengah kegawatan moral masyarakat kita hari ini, dimanakah kita meletakkan diri kita? Adakah kita berada dikalangan mereka yang turut menyumbang ke arah kegawatan tersebut atau sebaliknya? Nilailah diri kita sendiri...

Anyway.. the least that can i do is... sharing something that can benefit all of us...and last week i happened to read Majalah i and...

Politik dan Masjid

"Apa maksud politik? Saya memahami politik sebagai ilmu mentadbir urusan manusia. Kalau ilmu mentadbir urusan manusia ini tidak boleh dibincangkan dalam masjid, bagaimana kita ingin mentadbir? Ilmu pentadbiran ekonomi juga sebahagian daripada politik. Jadi bagamana kita hendak kata bahawa politik itu bukan sebahagian daripada ajaran Islam. Mungkin ada yang menyempitkan pengertian politik ini pada politik kepartian. Konsep parti juga sebahagian daripada tuntutan Islam. Allah SWT sebut "Ada parti Allah dan ada parti syaitan." Bagaimana kita hendak nafikan perkara ini."

"Saya berani beri jaminan, jika orang PAS sendiri dijemput untuk memberi kuliah dimasjid2, mereka takkan sebut fasal PAS dan UMNO. Tetapi lain jika dipentas politik. Cuba buka kaset Tok Guru Abdul Hadi ketika mengajar di masjid, dia takkan sebut fasal politik. Di Masjid Rusila sendiri setakat yang saya tahu, dia tak pernah sebut fasal politik PAS-UMNO.
Saya pernah mengajar satu surau di Shah Alam berkenaan undang2 Islam. Kebetulan kitab itu tersebut berkaitan undang2 jenayah Islam. Saya tak sebut fasal politik tetapi apabila membincangkan soal hudud yang terdapat dalam buku tersebut, mereka kata saya nak kempen politik. Ini masalahnya... taksub dalam bentuk jahil ini yang susah."


-petikan wawancara Ustaz Nasharudin Mat Isa, Setiausaha Agung Pas yang disiarkan dalam Majalah i keluaran Februari 2004. (baca wawancara penuh utk. memahami dengan lebih lanjut ;) )

Ilalliqa'...