Tuesday, March 29, 2005

PEMBELAAN WANITA ISLAM PERLUKAN PENDEKATAN BIJAKSANA

KENYATAAN MEDIA WANITA PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH
MALAYSIA (JIM)

24 MAC 2005

PEMBELAAN WANITA ISLAM PERLUKAN PENDEKATAN BIJAKSANA

Akhir minggu lepas, media di seluruh dunia melaporkan
mengenai insiden di mana Dr. Amina Wadud menjadi imam
dan khatib dalam solat Jumaat yang dihadiri oleh
sekumpulan jemaah wanita dan lelaki di Manhattan, New
York. Insiden itu berjaya mendapat publisiti meluas
dan menarik perhatian umum. Tindakan `di luar
kebiasaan’ ini bertujuan menyanggah ketetapan yang
melarang wanita menjadi imam dalam solat jemaah umum
yang dihadiri oleh lelaki dan wanita. Larangan
tersebut dikatakan berdasarkan semata-mata kepada adat
kebiasaan kuno dan tidak mempunyai asas yang
bersandarkan kepada ajaran Islam yang sebenarnya.
Langkah berani mencabar `status quo’ itu dianggap
sebagai satu usaha memartabatkan hak wanita Islam
untuk memimpin jemaah dalam solat dan berada dalam
mana jua saf solat di masjid, bukannya terperosok di
bahagian saf paling belakang.

Sebagaimana yang dijangkakan, insiden ini menimbulkan
pelbagai reaksi dari banyak pihak. Golongan pejuang
hak kebebasan wanita (feminis) menobatkan ` peristiwa
bersejarah ini’ sebagai satu kejayaan besar dan
bermakna bagi kelompok wanita Islam yang dianggap
liberal, sederhana dan moden dalam penentangan mereka
terhadap pegangan fundamentalis dan `chauvinist’ para
ulama Islam yang dikatakan telah membelenggu kemajuan
wanita Islam selama ini. Terdapat juga kelompok umat
Islam yang menunjukkan kemarahan dan sikap penentangan
yang meluap-luap, sehinggakan terdapat ancaman bunuh
serta pengeboman terhadap kumpulan tersebut.
Sebahagian besar umat Islam yang peka dan prihatin,
merasa terkejut dan keliru dengan apa yang cuba
diutarakan, disamping mengadakan perbincangan sesama
sendiri serta cuba mendapatkan penjelasan selanjutnya
dari sumber-sumber rujukan yang ada.

Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
menegaskan pendirian menolak sebarang usaha dan
tindakan memperkenalkan sesuatu yang bersifat baru
kepada ketetapan-ketetapan yang berkaitan dengan
amalan ibadah yang telah dipersetujui oleh jumhur
ulama sebelum ini. Wanita JIM menganggap apa yang
berlaku di New York pada hari Jumaat yang lepas,
sebagai satu tindakan keterlaluan yang
mengganggu-gugat keseimbangan dan keharmonian tempat
ibadah yang selama ini menjadi pusat aktiviti umat
Islam. Ketetapan bahawa wanita dilarang menjadi imam
solat dan ditempatkan di saf atau barisan belakang
tidak boleh dilihat sebagai satu tindakan merendahkan
martabat wanita, sebaliknya satu peraturan yang
mengandungi hikmah tersendiri yang telah diamalkan
semenjak zaman Rasullullah SAW. Wanita JIM jelas
bahawa ketetapan itu tidak termaktub secara hitam
putih di dalam Al-Quranul Karim, namun amalan yang
dipersetujui oleh Rasulullah SAW itu menjadi garis
panduan untuk ummah seterusnya. Wanita JIM juga
menyedari terdapatnya perbezaan pendapat di kalangan
ulama mengenai wanita menjadi imam kepada solat jemaah
yang dihadiri lelaki dan wanita. Namun Wanita JIM
mengambil sikap menerima jumhur atau pandangan yang
dipersetujui oleh majoriti ulama. Jika rasional akal
mengatakan seorang wanita yang amat mendalam ilmunya
mengenai Al-Quran dan Hadith sepatutnya layak
mengimami solat jemaah umum dan membaca khutbah,
sejarah tentunya sudah mencatatkan Saidatina Aishah RA
sebagai wanita pertama yang mengimami solat jemaah
yang dihadiri kaum lelaki dan wanita, dan tidak perlu
perkara itu dimulakan oleh seorang wanita Islam di
tengah-tengah kota metropolitan Manhattan 1,400 tahun
selepas itu!



Wanita JIM berpandangan usaha-usaha retorik seperti
ini hanya akan membantutkan sahaja usaha murni
golongan yang benar-benar ikhlas memperjuangkan
pembelaan nasib wanita Islam di dunia yang sememangnya
didapati ketinggalan dalam aspek-aspek asas seperti
pendidikan, kesihatan, ekonomi dan kepimpinan.
Tindakan mencabar satu ketetapan ibadah yang sudah
diterima umum seperti ini akan hanya berjaya
mendapatkan publisiti murahan, namun tidak langsung
dapat membantu pembelaan ribuan lagi wanita yang
terbelenggu dengan kemiskinan, adat resam yang
menindas dan undang-undang yang tidak memberikan
pembelaan sewajarnya sebagaimana yang ditetapkan oleh
Islam.

Wanita JIM menegaskan pendekatan provokatif seperti
ini perlu ditukar dengan strategi yang lebih
bijaksana, berhikmah dan mempunyai kesan impak yang
lebih positif. Dalam konteks inii, Wanita JIM mengajak
wanita Islam agar:
· terus memperkasakan diri dengan ilmu dan
pengetahuan yang murni mengenai Islam dan segala aspek
lain.
· Pembaikan atau islah mestilah dilakukan dengan
mengambil pendekatan melibatkan semua pihak dalam
masyarakat, lelaki wanita, tua atau muda.
· Pendekatan mestilah diolah agar misi pembelaan
nasib wanita ini dilihat oleh semua pihak sebagai
sesuatu yang akan memberikan manfaat kepada semua,
bukan hanya wanita, malahan jua lelaki dan anak-anak.

Wanita JIM menyeru semua pihak terbabit agar dapat
mengadakan perbincangan secara terbuka dan intelektual
mengenai isu pembelaan status wanita ini. Wanita JIM
menolak cara yang diambil setakat ini, di mana perang
mulut di dada akhbar dan laman-laman web berlaku hanya
selepas provokasi dan kontroversi dicetuskan.
Sekiranya umat Islam benar-benar mahu maju, tindakan
yang lebih matang, terbuka dan strategik haruslah
diambil untuk menangani segala perselisihan pendapat
dan pandangan di kalangan kita.

Ditandatangani oleh,
Dr.Harlina Halizah Hj Siraj
Ketua Wanita Pusat
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)

Tuesday, March 22, 2005

Personality & Communication

Entry 1:

"Remember the Golden Rule, 'Do unto others as you would have them do unto you'? Most of us were brought up on its logic, and it makes good sense when we are talking about morals and ethics. But when it comes to getting along with others, the Golden Rule is tarnished. For those purposes, it should read, 'Do unto others as they would have you do unto them.' This is a secret relationship success. With all the various personalities we encounter every day, we need skills and help to give them what they want. Because all people have different needs and desires according to their own personalities, we have to learn how to meet these needs."
- Personality Puzzle, Florence Littauer & Marita Littauer.

Entry 2:

(Dialog antara sepasang suami isteri di suatu senja ketika baru sahaja pulang dari kerja.)

Isteri : Abang, sayang penat betullah hari ni.
Suami: Ha'ah la sayang... abang pung penat gak.

Agak2 nyer... apakah hasilnya perbualan ini? It will end up that... the wife is still cooking the dinner as usual, although she is very tired. :>

Ye ler... niat si isteri mengadu penat kat suami dia tue... berkias la kononnya... nak ajak si abang makan kat luar.. si abang nyer mana tahu mantik-mantik ni sumeer... lurus bendul... dah dijawabnyer macam tue.. si isteri ni kesian la plak tgk abang dia penat... masaklah jugak dia.

Moral of the story: Kalau lah si isteri tu cakap terus "Abang..abang.. malam ni kite makan kat luar jek lah yer... sayang penat la". Agak2 yer... ape natijah nyer? Mesti si isteri tu tak yah masak dah malam tue... makan kat luar... so... communicate lah elok2... suami-isteri bawaklah berbincang... let yor spouse know what you have in mind. Masalahnya bangsa kita, bangsa Melayu ni lah bangsa yang paling susah nak berterus terang.. tul tak?

(contoh ini dipetik dari tazkirah yang aku dengar kat RMS 100.90 FM, setiap pukul 7.30 malam... cuba2 lah dengar... tazkirahnyer menarik :) )

Entry 3:

Soalan pop kuiz : Tell the different between telecommunication and telecommunications.

Sape bleh jawab... dapat hadiah besh ;)

Saturday, March 19, 2005

My career path


Basic components of GSM network. Posted by Hello

Mmm... ape kejadahnyer Mudin letak benda tu kat blog dia ni? Mesti korang sumer heran kan :D

Actually... dari semalam lagi... aku bolehlah dikatakan berada 'in a very good mood' :D. Very good mood... nape yer? Teruskan membaca ;)

Alhamdulillah, seperti yang aku nyatakan dlm posting aku sebelum ni, semalam aku ada interview with my bosses for performance review. Alhamdulillah... effective 1st April 2005, I will be confirmed as employee of Siemens Malaysia Sdn. Bhd. Ada increment ker tak? That.. I still have to wait for the confirmation letter... but anyway.. I'm really happy. Actually, inilah kali pertama aku 'confirm' kat mana2 company walaupun dah setahun setengah aku kerja... tu ler.. suke sangat lompat :P

My career path... bermula di Benua Sains... sempat selama 6 bulan (3 bulan sebagai trainee & 3 bulan sebagai sales engineer). Bermula pertengahan Mac 2004, aku membuka lembaran baru dalam hidup aku, menceburi bidang telekomunikasi dengan ENC, dimana aku mula berjinak dengan GSM network sampai sekarang. Aku letak gambo kat atas tue... sebenarnya ada cerita disebaliknya... dan cerita ni memang boring.. especially for those yang tatau langsung pasal GSM. Tapi aku nak ceta jugak... sebab.. even my future wife don't understand what actually I'm doing... and I'm trying hard now.. to make her understand :D. Ini tak... kalau aku cakap "Nanti abg tak buat BTS commisioning dah.. pindah ker RC plak.. nanti banyak kena standby". She don't know what I'm talking about... seems like I come from a different planet :D.

Actually... nak faham kerja aku.. kena la faham GSM. Sebab tu aku letak gambo kat atas tue. Masa kat ENC dulu... aku buat 'Inbuilding Cellular coverage design'. Dalam bahasa mudah... design mobile coverage dlm bangunan. So, at the time.. my work is at RSS (Radio Subsystem). Refer no. 1 yang aku letak kat gambar tu. I know a few of my frens buat kerja tu sekarang... so cane? Boleh ker buat design?.. you know who you are ;). Actually aku minat buat design ni... tapi ENC.. uhu... bila boss aku nak 'confirm' aku.. selamba jek cakap "Please don't confirm me first". Seminggu lepas tu.. terus hantar surat resign...

So.. aku pun joinlah Siemens.. as BSS Commissioning & Support Engineer. Apa yang aku buat? Actually namanya pun dah self-explanatory. Commision BSS la... yang mana terdiri dari 3 component... (refer kat gambo tue... kite kat no. 2 skang :D). Tapi memandang aku ni baru.. bersama 4 lagi commissioner (panggilan utk kami) yang masuk sama ngan aku.. kitorang hanya commission BTS sahaja... BSC and TRAU are much complicated and hard to commission.

Baru 6 bulan buat BTS commissioning... Insya Allah bermula April ni... aku dan sorang lagi commissioner... akan diberikan extra responsibility as Radio Commander & Switch Commander. (kita kat no. 3 skang). Radio Commander ni... monitoring all activities in BSS... (operation & maintenance). CS plak.. utk MSC. So.. ini bermakna .. aku akan berpeluang utk. belajar semua benda dlm GSM skang... it is very challenging with a lot more responsibility... but I'm happy... it shows that my bosses had believe in my ability. At the same time... I may still be needed to commission BTS, in case extra commissioner is needed.

Nature of work... bezanya.. kalau jadik commissioner... kena banyak pergi site la... hari2 dok dlm keta jek... as RC... tak banyak berjalan... station kat Subang Hitech ( DiGi) - lupe nak cakap.. aku buat ni utk network DiGi- cuma.. kena banyak standby.. kerja shift.. dan mungkin kena kerja malam.

Nanti la... aku sambung ceta aku on pro and kons antara 2 kerja tu... dah panjang sangat... pening kang :D

So sayang... caner? Faham ker? :P

Wednesday, March 16, 2005

Two weeks withOUT WORKload... beshnyer!!!

lalala? ape tu Kak Hany? mmm.. may be it means that it's time for me to update this blog :D

Well.. what do I have this week? Training... yerp.. training. A 4 days course on UMTS Introduction. Training memang besh... selain boleh belajar banyak benda... it also means you don't have to worry about WORK!!! ehe...

This is my second course that I attend since I joined Siemens, and although aku masih belum berpeluang utk training kat Bangkok or Munich... I really like attending this kind of courses... because now you find that it really 'close' and 'related' to you. Tak macam masa muda-muda dulu ... kat MMU dulu.. :D belajar macam nak ghabak.. tapi tak tahu pekebenda.. (tu yang skip class :D) ehe.

Minggu depan.. ada training lagi... a 5 days course on TCP/IP & ATM for GPRS & UMTS. Well... lepas ni jadik expert la aku pasal UMTS ni.. uhu.. konon. :> Rasa macam lepas nih bleh la offer service Home Tuition utk subject GSM & UMTS plak. :D Anyone interested? RM 30 per hour... ehe :D
Kira murah dah tue... my company spend RM2500 per person for each of the course. :>

Well... tak lupe jugak... bile ade training ni... satu lagi yang besh... MAKANAN la... ehe :D Jimat budget lunch aku utk. 2 minggu :)

Jumaat ni... aku ada interview -Performance Review- utk. confirmation aku. Wish me luck :)

Sehingga berjumpa lagi...

Wassalam.

Saturday, March 12, 2005

Penghulu Istighfar

اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّى لاَ إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِىْ وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَااسْتَطَعْتُ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّمَا صَنَعْتُ أَبُوْءُلَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَىَّ وَأَبُوْءُ بِذَنْبِىْ فَاغْفِرْلِىْ فَإِنَّهُ لاَيَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّأَنْتَ

"Ya Allah, engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkau ciptakan aku, dan aku adalah hambaMu. Aku akan melaksanakan semua janjiku untukMu dengan segala kemampuanku. Aku berlindung kepadaMu dari keburukan yang aku lakukan. Aku kembali kepadaMu dengan segala nikmatMu atasku dan aku mengakui dosa-dosaku maka ampunilah aku kerana tidak ada yang mengampuni dosa-dosa kecuali engkau"

----

Assalamualaikum semua :)

8 hari. Apa tue? 8 hari blog ni tak berupdate... rekod aku yang paling lama rasanya. Bukan niatku nak tunggu ada 'suara-suara' yang bertanya dulu baru nak update blog ni... tapi memang tidak berkesempatan, ada perkara lain yang lebih memerlukan utk. aku tangani.

Ntah kenapa... tetiba jek aku jadik busy... tambahan pula, ini bulan ke-6 aku kat Siemens, bulan terakhir tempoh 'probation' aku. Hopefully, I will get confirmed by end of this month, Insya Allah.

Dalam ke'busy'an... sempat juga berfutsal minggu lepas. Kalah teruk team kitorang, lawan tournament dengan team DiGi yang memang hari2 main. Kitorang main setahun sekali :D. Habis sakit-sakit badan.

Apalagi nak tulis erk? tadek ape kot... anyway.. best kan ber'khaibar' bersama kat kaki Gunung Ledang, tul tak Dwen, Kord, Noyo, Bro Hadhrami? First time, ikut program full time ngan korang... korang memang besh! KHAIBAR!!!

:)

Friday, March 04, 2005

Message from aDinDa

There is one tution job available. Let me know before Wednesday, 9 March 2005, if you are interested.

TUITION JOB 0008
Subject: Prinsip Akaun
Student: One Form 5 male student.
Area: Tmn Maluri

-aDinDa-

Thursday, March 03, 2005

Sikap & Pulangkan

Entry One : Sikap

" Jangan berdukacita sebab qadha sudah ditetapkan, takdir pasti berlaku, dakwat pena sudah habis, lembaran-lembaran catatan ketentuan pun sudah dilipat, dan semua perkara sudah ditetapkan. Bagaimanapun kesedihan anda tidak akan memajukan atau mengundurkan kenyataan yang akan berlaku, dan tidak pula akan menambahkan atau menguranginya.
...

Jangan berdukacita, sebab usia anda yang sebenar adalah kebahagiaan dan ketenangan hati anda. Sebab itu, jangan habiskan usia anda dalam kesedihan, jangan boroskan malam-malam anda dalam kecemasan, jangan berikan minit-minit anda untuk kebimbangan, dan jangan berlebihan dalam menyia-nyiakan hidup, sebab Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlebihan."


(petikan dr. Jangan Bersedih -versi Melayu)

Entry Two: PULANGKAN

Jom sama2 ikut Misha Omar nyanyi lagu nie ;)

PULANGKAN....(versi PTPTN)

(Ex-Student)
Sedikit bunga yang menggoda
Sekadar dipandang usah dibayar
Kau pasti tak percaya
Duitku bukan untukmu sayang

(Pegawai PTPTN)
Tiada kusangka kau sungguh kejam
Kau peramkan hutang yang kau pinjam
Namun takkan bahgia kehidupanmu
Bila engkau berkonvo
Kau milikku

Pulangkan hutang-hutangku-(Pegawai PTPTN)

Oh hentikanlah menghantuiku-(Ex-Student)

Oh pulangkan oh pulangkanlah padaku-(Pegawai PTPTN)

Kupulangkan semua hutangku-(Ex-Student)

Yang dikau peram tanpa relaku-(Pegawai PTPTN)

Bebaskanlah maafkan daku oh kasih-(Ex-Student)

(Pegawai PTPTN)
Tiada kemaafan di sini
Kau hutang tanpa bayar sesen lagi
Akan kujejakimu ke mana jua
Hingga akhir masa

Wednesday, March 02, 2005

Here's the update! - Ke mana hilangnya diri...

Assalamualaikum wbt.

Hmm... dah lama jugak tak update blog ni kan? Kenapa yer? Bz? I don't think so...
Ke mana hilang? Ntahler... ade jek rasanya :>

Anyway... terjumpa something from Relexjap Yahoogroups. Wanna share it with you all :

Ke mana hilangnya diri...

Ke mana menghilangnya diri
Hanyut dan tenggelam di arus mimpi
Terlena dan terbuai dek nafsu nafsi
Segalanya menurut kata hati
Hingga jauh diri dari Ilahi..

Ke mana hilangnya diri
Secubit nikmat diberi
Leka umpama dunia mutlak dimiliki
Menjulang yang patut diletak di tapak kaki
Memijak yang harus dijunjung tinggi

Ke mana hilangnya diri
Maruahmu sudah tergadai kini
Tidak gentarkah pada azab Ilahi?
Tidak rindukah pada syurga yang dijanji?

Ke mana hilangnya diri
Malumu entah ke mana pergi
Engkar pada Tuan Empunya hati
Apa kebal benarkah kulitmu, sanggup dibakar api?

Mana syukurmu pada nikmat yang melilit saban hari?
Ke mana hilangnya diri
Mana sayangmu, pada masa yang berlalu pergi?
Mana kesalmu, terhadap waktu yang telah kau merugi?
Malulah diri, pada kasihNya yang tidak bertepi..
Takutlah diri, pada azab pedih yang tak terperi…
Ke manakah hilangnya, wahai diri..?

Kembalilah.. wahai diri..
Sebelum waktu untukmu tiada lagi
Sebelum matamu dikancing mati
Sebelum jasadmu di kubur sepi..

Wahai diri yang hilang.. pulanglah kembali…

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Angah (itaangah@yahoo.com)