Thursday, October 23, 2003

Character driven vs. Emotion driven

It's been a while since I wrote anything here. Pejam celik, pejam celik... dah hampir 2 bulan aku training kat Benua Sains. Kerja sebagai trainee @ sales engineer kat Benua Sains sudah menjadi sebahagian daripada hidupku sekarang. Minat aku dalam business pun semakin bertambah. It's not bad doing marketing although there is not much techinal task involved in my work.

Anyway, just want to share what i've read in 'Developing the Leader Within You' by John C. Maxwell. Beliau menyebut bahawa salah satu kualiti yang perlu ada pada seorang pemimpin ialah self-discipline. And one of the key to self-discipline is you have to become character driven instead of emotion driven. What is the difference?







Character driven people

Do right, then feel good

Are commitment driven

Make principle based decisions

Action controls attitude

believe it, then see it

Create momentum

Ask: "What are my responsibilities?"

Continue when problems arise

Are steady

Are leaders


Emotion driven people

Feel good, then do right

Are convenience driven

Make popular based decisions

attitude controls action

See it, then believe it

Wait for momentum

Ask:"What are my rights?"

Quit when problems arise

Are Moody

Are followers



Ada banyak betulnya apa yang ditulis oleh Maxwell tersebut dan aku merasakan ianya sangat sesuai utk. dijadikan kayu ukur oleh kita semua. Selamat bermuhasabah dan menilai diri sendiri. Tidak lupa juga... selamat menyambut ketibaan bulan mulia Ramadah al-Mubarak yang bakal tiba 2,3 hari lagi.

Wassalam.

Sunday, October 19, 2003

KELUHAN SEORANG BUJANG!!

Ayah ! Ibu ! Tolonglah aku !
Aku ingin kahwin, Tapi tak mampu!
Nak buat kecil-kecilan, Ibu tak setuju.
Apa nak buat, sudah nasibku.
Despatch rider, pekerjaanku
Gajiku pulak, tak sampai seribu..
Tapi bakal isteriku tu, cikgu
Mak dia mintak hantaran, sampai sepuluh ribu !!
Hai.. Aku pun tak tahu..
Apa nak jadi, dengan bangsaku.
Makin jauh dan tenggelam,
Dalam keduniaan dan pembaziran.
Sampai nak kahwin pun, Jadi satu kesusahan.

Aku bukan pelokek, Aku bukan kedekut,
Tapi kalau mahal sangat, Memanglah tak patut !
Bersanding kan adat Hindu,
Apasallah kita ni, dungu ?
Kitakan dah Islam..
Beratus tahun dahulu ?
Kenduri kahwin tu, bukannya salah
Asalkan dibuat, mengikut sunnah
Takde pembaziran, takde bid'ah
Lebih gembira, lebih meriah !
Kalau duit tu, kita buat sedekah
Dirikan masjid ke, atau madrasah
Kan lebih baik, dan barakah ?
Mendekatkan kita, kepada Allah ?
Aku nak kahwin, dan merasa bahagia..
Nikmat bekeluarga, ingin kurasa
Tapi kalau begini, macam mana ?
Boleh jadi papa kedana !
Hai Muslim.. Hai Muslimah..
Bilakah kita, akan berubah ?
Ikutilah cara Rasulullah..
Kan lebih baik, dan diberkati Allah ?

---> sumber: lepakbersamamawar@yahoogroups.com

Saturday, October 11, 2003

Suara Dari Dinding Madrasah

Aku tidak marah kau mencekau dinding madrasah,
Mencungkil atau mengganti langsir lebih berbunga,
Anak-anak memang merindui iklim penuh bermakna,
Tidak juga kubantah kau simini retak lantai rumah,
Memolekkan sekeliling dan mempercantik taman seada,
Anak-anak amat memerlukan kebijaksanaan orang tua,
Tapi, kau merangsang mereka mengenepi rehal,
Mengganti muqaddam dengan kamus barat yang tebal,
Memuja dunia dan mereputkan kesetiaan sebangsa;
Sanubari anak telah dicerobohi sedemikian lukanya.

Aku tidak pun membantah madrasah memiripi pejabat,
Atau dijemur sejadah pada sidaian yang lebih kuat,
Asalkan sejemaah kita masih setia menghadapi kiblat,
Selamat ke matlamat syadu membahagiakan rakyat,
Dan bertambah teguh iman sesihat dunia akhirat.
Tapi, menggelincirkan tapak, menggoyahi hati nurani,
Kebal mendindingi penyonglap, pendedahnya dihukumi,
Tidak’kan kurela otak dan hati begitu berbalah,
Apalagi pesanan semanisnya hanya dalam pura-pura.
Memang kecewaku sebaik begitu mulanya kau bersuara.

Aku impi jujur kau serahi muqaddam dan sejadah,
Menghadiah selautan pasir dan segunung batu bata,
Bersama khalayak dapatlah kita perbanyak madrasah,
Kemudiannya berkhutbah tentang bahagia lara ummah,
Pernah terjajah, merdeka, tergugat, kini terdera,
Aku ingin kita sentiasa menghargai sekolah agama,
Berfikir dan berazam selari meluhuri suci aqidah.
Apa yang kupinta demi lesterinya sanubari Islami,
Memelihara madrasah dan Jawi yang mula dilupai-
Tidakkah begitu wajarnya laku bakti penganut suci?

A.Samad Said.

Sajak ini dibacakan oleh beliau pada hari pelancaran antologi cerpen dan puisi “Dua Era’ dan “Gelodak’ di DBP pada 22 Feb.2003.-zs

Thursday, October 09, 2003

Oh Malaysiaku...

ehe... rupe2 nyer ade jugak yang tertunggu2 bila aku nak update blog ni. Siap marah2 plak aku tak update... sape tu yer? :D.

anyway... life is getting more interesting and more interesting, and interesting come along with tiredness.. ahaks :D.

utk. kali ini... aku bukan nak berceloteh... just memetik posting sorang member kat Forum Smach.




boleh tak memana pakar sejarah terangkan macam mana agama rasmi Malaysia leh jadi tiga???

Must Read:
1.Kalau boleh rotan, apa salahnya merotan atas nama hudud

Wednesday, October 01, 2003

Lama menghilang...

Hampir 2 minggu aku menghilang. Seminggu kerana aku dinafikan hak untuk ke alam maya oleh CITS MMU. Tak leh online... so.. walaupun banyak yang nak ditulis... asyik tak dapat jek nak online. Bila dah boleh online plak... aku disibukkan pula oleh kerja2 kat ofis yang semakin banyak. Anyway... aku akan cuba untuk memeriahkan kembali blog ini. Biasalah manusia... ada masa turun dan naik... tul tak?