Tuesday, January 06, 2004

yesterday... a friend of mine asked me this question:

kenape negara islam yg ada kat dunia ni x dpt nk saingi barat..even apa yg kite adapt as development method pon mmg dari barat

and... this is the expression of my fikrah:

Menjawab persoalan ini, ia bergantung kepada apa yang kita maksudkan dengan persaingan. Adakah kemodenan material itu yang dikatakan persaingan?

Bagi saya, kekuatan Barat hanya bergantung kepada materialnya. Dan kekuatan orang Islam bergantung kepada 2, iman dan juga material. Material yang dimaksudkan disini, adalah merangkumi teknologi, ilmu, dan lain-lain. Dan kekuatan inilah yang saya 'assume' dikatakan sebagai tidak dapat disaingi oleh dunia Islam berbanding dunia barat.

Kenapa negara Islam tidak dapat menyaingi dunia Barat? Pendapat saya... ialah kerana kita umat2 Islam terlalu condong kepada Barat dalam setiap aspek kehidupan kita, malah nak buat perbandingan pun kite tengok ke Barat. Contohnya... soalan inilah!!!

Apa2 sahaja... kita merujuk kepada Barat. Kita tidak cuba untuk membangunkan teknologi sendiri. Kita terlalu 'barat-oriented'. Bagaimana kita hendak menyaingi Barat??? Murid nak lawan guru? Paling2 terer pun... boleh sama terer jek la... takkan boleh menewaskan mereka. Itu jika kita melihat materialnya... tetapi... seperti yang saya nyatakan di awal tadi... kita mempunyai kekuatan lain.. iaitu kekuatan yang paling utama... iaitu IMAN!!!.

IMAN!!! Itulah asset utama umat Islam... dan itulah perkara yang kita terlupa untuk kembangkan. Barat telah mengajar kita untuk mengejar kebendaan.. hingga kita telah mengabaikan hak milik kita yang tidak ada sama sekali pada mereka.. yang mana jika diperkukuhkan... tidak timbul lagi masalah kita tidak dapat menyaingi Barat. Percayalah!!!

Kita terlalu seronok... mengagung-agungkan cendekiawan2 Islam yang lampau seperti Ibnu Sina dan lain2, tanpa menyedari ada dikalangan mereka ini yang dikatakan bijak pandai Islam, tetapi hakikatnya mereka jauh sekali dari ajaran Islam yang sebenar. Nah!!! Itukah kemajuan yang kita inginkan??? Maju material... Iman ??? Wallahua'lam.

Kembali kepada persoalan tadi... sebenarnya kekuatan material, akan berkembang apabila kita mempunyai kekuatan iman yang jitu. Satu contoh mudah... apabila kita berdakwah kepada seorang kafir yang kaya... dan dia memeluk Islam... bukankah kita telah menambahkan satu bilangan orang Islam yang kaya??? Itulah yang perlu kita fikirkan... tidak perlu risau dengan segala kemajuan material yang kita tidak miliki sekarang... yang penting kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar.. kerana Islam telah mengajar segala ilmu yang kita perlukan untuk berjaya di dunia dan akhirat.

MB Kelantan didalam satu kuliahnya pernah menyebut, ilmu itu ibarat tali, dan iman itu ibarat kayu pancang. Walau sebanyak dan sepanjang mana tali yang kita gunakan untuk mengikat seekor lembu, lembu itu tetap boleh bergerak kemana yang dia suka, makan rumput ditanah orang, langgar tanaman orang, jika tali2 itu tidak diikat pada satu kayu pancang. Begitulah manusia, walau sebanyak mana ilmu, bergulung-gulung ijazah, teknologi tidak terkira hebatnya... namun tanpa iman, dia akan mudah dibawa oleh arus... ditiup kekanan... kanan lah perginya... ditiup kekiri..kirilah perginya.

Wallahua'lam.

p/s : maaf kerana tidak dapat disertakan dengan hujah2 yang lebih konkrit dengan dalil dan fakta... ini hanya apa yang terlintas difikiran. Boleh dikritik dan dibincangkan. Wassalam