Thursday, June 01, 2006

Pindah ke Mudin001.com

Sob sob... jangan kau tangisi perpisahan ini. Kerna pertemuan dan perpisahan itu mainan kehidupan.

Ya! Ini entry terakhir aku disini. Blog ini tidak akan di update lagi!

Kita jumpa di Mudin001.com kalau mahu update seterusnya!

Tuesday, May 30, 2006

Kelawar Kembali.

Ini bukan cerita pasal filem Batman Returns. Ini cerita pasal aku. Kembali jadi kelawar. Opss... ye ker? Kalau kelawar ok lagi... siang boleh tido! Aku siang dan malam sama sahaja. Huh!!!

Aku suka kerja malam. Tenang. Tiada traffic jam. Poket masyuk!!!
Tapi aku tak suka kalau kerja malam, siang kena datang lagi.
Aku tak suka. Tinggalkan isteri aku yang cukup 40 minggu kehamilan minggu ini.
Aku tak suka. Berada dalam keadaan ternanti-nanti.

Kan banyak yang tak suka tu? Biasalah manusia. Heh heh!

Yang sebenarnya.... aku tengah saspen menunggu kelahiran anakku!!!

Tuesday, May 16, 2006

Ma & Abah in US

Ketika entry ini sedang ditulis, ma & abah masih lagi di US. Bersama Ida. Inilah wajah-wajah ceria mereka:








Alhamdulillah! Dapat jugak Ma & Abah menjejakkan kaki ke sana. Abe Ama & Kak Huda graduate mereka belum ada rezeki. Zikry lahir kat sana, mereka masih tak sampai. Tahun ni, Ida graduate, sampai jugak akhirnya. Sepatutnya aku pun pergi juga, tapi memandangkan Walida sedang sarat dan aku pung tadek duit, lain kali lah!







Perbualan dengan abah sebelum mereka bertolak.

Abah: Ramai juga ibu bapa kawan Ida yang pergi, semuanya bekas pensyarah, Dato, Dekan pun ada.

Aku: Ma & Abah lagi hebat. Dengan duit jual bihun boleh hantar anak 3 orang ker oversea. Sekarang dengan duit jual bihun jugak Ma & Abah pergi ke sana.

Abah: Tu la. Jual bihun pulak bukan RM2 atau RM 3 satu. Tapi RM 0.20.

(Ma, abah & aku tersengih :D)

Friday, May 05, 2006

Ruang

Aku baru ada ruang. Untuk bernafas. Untuk menjenguk blog ini.

'Kerja siang malam. Tapi duit tak cukup jugak.' - Kata Walida.
Itu kalau kerja kerana duit. Tapi kalau bukan kerana duit. Kerana apa?
Duit... duit!

Aku tak tahu nak tulis apa. Sebab dah lama sangat tak berkata apa-apa. Apa-apa jer lah.

Sampai jumpa lagi!

Wassalam.