Friday, January 27, 2006

Penat! - fizikal & mental -

1.58 AM, sedang bekerja macam biasa. Tapi dengan kepenatan yang luar biasa. I'm physically and mentally exhausted. Bekerja malam memang meletihkan. Walaupun ada masa untuk tidur keesokan harinya, tadi tidur siang tak sama dengan tidur malam. Paling lama boleh tidur 3-4 jam. Tanpa kualiti. Tambahan pula dengan henfon yang asyik berbunyi, nak off kang takut ade yang urgent plak.

Dan esok sudah pasti lebih meletihkan, sebab Sean -my only partner- dah pun bercuti dari semalam. Itu bermakna, balik dalam pukul 6.00 AM karang, solat subuh, baring2 kejap, mandi, sarapan, hantar Walida, and then, I'll be back in DiGi by 9.00 AM. ARGH!!!! I'm tired of this routine.

Anyway, update from my previous post. Balik jek pagi tue -beberapa jam selepas aku post entry 'dia dah mula...'- baru jek nak baring kejap, tetiba isteriku tarik tangan aku ke perutnya, ah!!! Dia menendang. Dia menendang lagi. Macam tau-tau jek baba dia komplen tak rasa, pagi tu jugak dia tunjuk... hurm B-).

So... next week, satu minggu off! What a very welcomed break! Huhu. Balik kelate, kalau sempat nak bercuti ker Terengganu ;). Selamat bercuti kepada semua. Selamat tahun Baru Hijriah.

Wassalam.