Bagaimana meraih keuntungan melalui blog? - Part 1
Di Parlimen, belum habis lagi pasal AP. Isu apa itu? Keuntunganlah itu! Pihak yang tidak mendapat untung daripada benda yang bernama AP itu maka bisinglah mereka menyalahkan pihak yang mungkin mendapat untung daripadanya. Maka tidak perlulah kita persoalkan keihklasan mereka kerana barang ikhlas itu hanya Tuhan yang tahu.
Maka di bulan Ramadhan yang mulia ini, ia rupanya bukan sahaja ditunggu2 oleh umat Islam sebagai satu peluang untuk mendapatkan keuntungan ukhrawi, malah lebih menonjol lagi ia sebenarnya kesempatan untuk mendapatkan keuntungan melalui gerai-gerai pasar Ramadhan. Maka seperti cendawan tumbuh selepas hujanlah lagaknya pasar2 Ramadhan ini, tidak kira di tengah bandar, pekarangan pejabat2 malah di perkarangan masjid sekalipun tercacak gerai-gerai ini. Maka tidaklah salah gerai itu tercacak disitu, cuma yang agak menjelekkan ialah bila azan Asar dengan seruan Hayya 'alal Falah atau marilah mengejar kejayaan - dan juga keuntungan - itu dilaungkan, apa yang boleh dilihat tidak ada pun yang berganjak dari gerai2 itu, sama ada penjualnya atau pembelinya, walaupun gerai itu berada di dalam kawasan masjid!!! Maka jelaslah keuntungan mana yang majoriti manusia sekarang kejar, tidaklah diketahui sama ada ini disebabkan oleh kejahilan mereka atau sengaja buat2 tidak tahu.
--->>> Bersambung…
Najmuddin Yusoff
DiGi Radio Commander, Subang Hitech.
6 Oktober 05 @ 2.05 AM
(kembali bekerja malam setelah 2 minggu makan gaji rabun)


<< Home