Sunday, January 09, 2005

Diari YB

Assalamualaikum wbt.

Baru boleh bernafas.
Setelah seminggu bekerja... Tuhan belum memberikan masa rehat kepadaku... semalam ke Melaka dan pagi tadi ke KL Sentral.

Petang ini sepatutnya ada temujanji... tp tak jadi. Kemudian dikejutkan dengan berita itu. Sedih pun ade... marah pun ade... geram pun ada.

Sedang2 surf internet nak mencari sedikit maklumat... come across this blogspot: Diari YB.
Tuanpunya blog tersebut ialah YB Rohani (satu-satunya ADUN wanita PAS), wakil rakyat DUN Tanjung Mas, Kelantan.

Terhibur sedikit hatiku melayari blognyer. Rasa bangga pun ade... wakil rakyat sepertinya, tambahan pula wanita, masih mempunyai masa utk. menyalurkan fikrah perjuangannya dlm bentuk ini. I'm proud to have a YB as a fellow blogger. :)
Syabas kak Ani.

"Saya masih ingat jawapan Almarhum Fadhil Mohd Noor, yang ketika itu merupakan Presiden PAS, apabila ditanya oleh para wartawan ( kalau tidak silap saya) tentang sumbangan PAS terhadap erti sebuah kemerdekaan tanahair. Dengan penuh tanggungjawab Almarhum menjawab bahawa sumbangan terbesar PAS dalam menilai dan menghargai erti kemerdekaan ialah tidak berbuat huruhara dan masih bersabar serta mampu menjaga ahli-ahlinya daripada melakukan suatu tindakan yang melanggar undang-undang, sekalipun pihak lawan secara terang-terangan mencabuli undang-undang itu sendiri."
- petikan dari Diari YB.

Happy reading to all.
Wassalam.